Thursday, 12 June 2014

Demam Piala Dunia 2014


Selamat berjaga malam wahai semua peminat bolasepak sekalian, edisi piala dunia kali ini berkampung di Brazil akan membuka tirainya malam ini. Opening match sudah tentu team tuan rumah Brazil menentang Croatia, teringin pulak nak tengok. Tapi memandangkan kick-off jam 4am dan aku tentunya akan kerja esok, maka terpaksalah tengok siaran tertunda saja, tak sanggup aku masuk kelas dengan mata panda gergasi muka putih tangan hitam huihui...





Kempen kali ni aku masih mengekalkan feberet team Portugal dengan harapan disandarkan kepada sang C.Ronaldo agar dapat mengatasi populariti Neymar dan juga Messi. Ramalan aku Portugal akan sampai ke semi-final sahaja, sebab bagi aku Spain berpotensi mengekalkan kejuaraan, juga Brazil yang tentunya dahagakan kejuaraan di laman sendiri.Walau bagaimanapun aku bukanlah raja bomoh 1malaysia mahupun sotong Paul yang bijak meramal, apapun kena tunggu sampai habis baru tau sapa champion hehee..

Ok jom sama-sama sokong pasukan masing2..

Sekian, Bye!!!

Thursday, 31 October 2013

Persediaan Melancong ke Eropah~

Huarrghhhhh sangat seteres seminggu dua ini, banyak kerja perlu diselesaikan sebelum bercuti panjang..3 minggu panjang ka? Oklah tu dari takdak kan.. So sebelum cuti kena make sure yang list "things to do" (hal kerja) tu dh clear heh.. Tak mau cita panjang lebar pasal list kerja tuh, x beshh heh jom cita pasal list "things to bring" ke uk next week,yey!!! 

Memang eksaited nak ke luar negeri kali ni, sebab pergi jauh sebelum ni pernah masuk siam sampai hatyai & songkhla, paling jauh pun honeymun ke medan, indonesia. Sebenarnya kami sefamili akan ke united kingdom selama lebih kurang 3 minggu, pergi tengok tengok tempat orang selain ziarah famili abang iparku yang tinggal di sana. Paling best sebab tempat yang kami nak pi tu adalah impian aku zaman muda remaja dulu, Manchester!!! Wow MANCHESTER??? Buleh la aku melawat stadium old trafford   yang aku angan2kan tu hahah. Tapi sebelum berangkat kena pastikan persediaan telah dilakukan dengan jayanya, barulah tak spoil masa kat sana nanti.

Actually aku pun tatau nak bersiap apa, selain renew passport opkos lah packing bag baju, perkara aku paling malas huhu. Kalau dulu nak balik kampung pun packing sampai berhari2 ni, ni pulak nak pi sampai 3 minggu,huh seteresss baq hangg!!!! Semalam dah siap sikit2, jom usha.

Passport paling penting, bila di luar negeri passport umpama nyawa, hilang ni habislah kena jadik pendatang haram plak nanti huu tamau2. Ada 4 semua, aku hubby adelia dan MIL aka tok adelia. Baru lagi renew bulan lepas utk 2 tahun, adelia dgn tok dia punya utk 5 tahun, so balik ni pikir nak p mana pulak haha

Tiket flight pun penting, xdak ni gigit jari jelah tengok kapal terebang tinggai hang hehe. Masa perjalanan lebih kurang 18jam, fuhhh lama tuh harap adelia ok lah sebab tak pernah lagi travel lama2 paling lama balik kedah 6-7jam dlm keta. Terbang dr klia ke dubai then transit dr dubai ke manchester.

Pakaian musim sejuk sebab waktu ni dekat2 winter dah temp siang 12-15C malam cecah 6C, perghh jenuh tahan sejuklah aku dan hubby yang sememangnya tak tahan sejuk ni. Adelia tak tahu lah harap ok, kami dh prepare 3 helai baju sejuk dan 2 longjohn (inner utk keep warm) untuk adelia. Kami masing2 sorang sepasang longjohn dan 2 helai baju sejuk. Tak lupa jugak stokin panjang, glove, mafla dan topi (untuk adelia). Baju2 lain banyak bawak tshirt n jeans 2 helai, ckuplah tu banyak2 buat berat beg saja.


 

Benda2 lain macam camera wajiblah, nak rakam gambar/bideo menarik waktu kat sana nanti. Charger penting jugak kang sia2 ja bawak fon pastu mati, satu lagi powerbank, berguna jika keluar jalan2 then bateri kong. Satu lagi lipbalm jgn lupa kasi bawak, kasi sapu lip so that tak kering akibat faktor cuaca. Kasut kami pakai sport shoes ja, malas nak ber "boot" bagai, nak pergi sat saja bukan dok situ terus jadi kena save bajet heh. Duit tukar kat mesia lebih menguntungkan dari tukar kat sana, dahlah matawang depa sangat tinggi berbanding RM. Tukar rm2k dapatlah dlm 400pound..Penginapan tak risau sebab kami tinggal di rumah abg ipar selain pengankutan dan pemakanan ditanggung, pakej lengkap hehe credit to abg din ;) Just bawa duit untuk shoping skit2 apa yang patut saja hehe suka3.. Setakat ni dulu, apa2 nanti update kemudian. Selamat bercuti, semoga selamat pergi balik :)

Wednesday, 16 October 2013

Aidiladha 2013~

Salam aidiladha...
Raya korban tahun ni seperti biasa saja, taklah semeriah aidilfitri tapi kami sefamili pulang jugak ke kedah, sebab aku cuti 5hari dari sabtu hingga rabu. Tapi bagi aku yang tak ada kedua-dua orang tua ni, hari raya sudah kurang bermakna lagi sejak arwah mak pergi pada 2008 dan ayah pada 2012, untunglah bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu ayah, masih boleh berbakti pada mereka, boleh bersalam peluk cium dipagi raya juga dapat membalas jasa2 mereka selama ini. Tidak semacam aku, belum sempat membalas jasa ibu ayah terlebih dahulu dijemput pulang kepangkuan Maha Pencipta, hanya doa sahaja mampu aku kirimkan....
*hope to be here one day
Tak ada tema untuk raya haji, pakai saja yang raya puasa punya..maka merah menyala lah kami sekeluarga..tapi raya kali ni tak sempat merasa daging korban, sebab pepagi raya kedua dah bertolak balik senawang, amik pengajaran dari tahun lepas sebab tunggu daging korban, sampai senawang pukul5 pagi hehee..semua gara-gara jem di sepanjang jalan..lepas tu terus amik mc sebab tak boleh drive pergi kerja, mengantuk+badan letih..mujur waktu tu adelia masih dalam perut kalau tak kesian sayang mama sorang tu..
*tudiaa bunga sekuntum atas kepala
*disebelah petang hari raya


Adelia yang paling hepi time raya, sebab balik kampung ramai sepupu sepapat so keja depa main sajalah..sampai nak tidor pun kena kepung kalau tak jangan harap akan tidor walaupun mata dah macam mata panda..
*tidor jua akhirnya (sempat lg mama boh inai kat dia hehe)
Sempat jugak beraya ke rumah bff si farah kali ni, dah lama tak jumpa beliau..perut pun dah nampak dah..adelia tak sabar tunggu kawan baru tu aunt farah heh3...
*adelia & aunt farah
*ahaks mama pon nak begambo gak
Sekian untuk kali ni, tak banyak gambo sebab masing2 sibuk mengisi perut hehe..bye!

Thursday, 10 October 2013

Kisah campak adelia~

Cerita ni dah 3minggu berlalu tapi masih segar dalam ingatan..Sebelum ni aku asyik terbayang macam manalah kalau adelia kena campak nanti, dahla aku tak tau selok belok perubatan kampung ni, dok pulak jauh dari kampung halaman, cuti pulak susah kalau setakat sehari bolehlah lepas..kalau dah berhari2 sapa nak bagi, jenuh orang lain nak cover kerja aku..demam campak pulak selalunya berhari2 ada yang berminggu2..hmmm..

Kisah bermula pada hujung minggu kedua bulan september, badan adelia panas pada malam hari jumaat...lepas bagi ubat tengok sabtu siang dah ok, tapi malam tu panas balik. Keesokkan hari ahad badan dah ok tapi adelia meragam tak mau duduk, nak menempek je kat orang..dalam pada tu kami sekeluarga sempat ke majlis perkahwinan di melaka juga ke sunway piramid untuk tebus voucher makan2 di sebuah restoren kat situ. adelia masih mood tak berapa ok. Lepas balik malam tu adelia muntah2, abih keluar semua susu yang kebetulan baru selesai diminum, kesian adelia badan pun panas balik...Esoknya badan adelia kembali sejuk tapi mood masih tak ok. Mujurlah malam selepas tu badan adelia tak panas dah..lega mama..
*muka orang tak sihat
Melihat keadaan adelia yang dah sihat, abah dia balik kampung pada hari berikutnya (selasa) untuk uruskan beberapa perkara, maka tinggalah adelia dan mama..pada sebelah malam adelia macam pasif gila, balik taska banyak merengek2 nak menempek kat mama ja, lepas maghrib tidor terus sampai pagi..Pagi tu seperti biasa hantar adelia ke taska sebelum pi kerja. Dalam perjalanan ke tempat kerja pengasuh call beritau yang adelia kena campak katanya..apala lagi memang gelabah biawaklah waktu tu, pengasuh macam tau aku dah cuak lalu berkata "takpe akak, adelia kena campak yang tak berjangkit, bintik2 merah pun belum sampai ke kaki lagi, adelia pun ok tak demam, tapi kalau tetiba badan dia panas nanti kitorang bagitau akak ye"...oh cenggitu pulak...lega sikit tapi masih tak senang duduk, tak sangka adelia tak sihat beberapa hari lepas rupanya nak keluar campak....patut malam tu nampak macam ruam2 kat badan adelia, tak sangka campak ingatkan ruam biasa..
*badan penuh bintik2 merah
Sampai opis aku terus gugel pasal campak pada baby, ada beberapa petua yang boleh diamalkan jika anak terkena campak. Penyakit ini tak ada ubat sebenarnya sebab konsep campak tu sendiri tak boleh diubati, mesti biar bintik2 campak tu keluar sampai abis dan nanti dia akan beransur hilang dengan sendirinya. Cuma bila baby kena campak, depa akan rasa gatal2 dan tak selesa, jadi untuk mengatasi ini boleh letakkan daun semambu bawah bantal dan di tempat tidur baby, nak bagi mandi pun boleh. Perlu kerap mandi nak kurangkan gatal2 badan, ada orang kata mandi air basuh beras pun ok. Kena make sure suhu baby stabil, kena kerap mandikan untuk turunkan suhu, pakaikan baju yang nipis2 saja atau lebih senang pakai pampers sudahh.. elakkan baby berpeluh nanti depa gatai badan..dan satu lagi bagi baby minum air kelapa untuk cepatkan pengeluaran campak.pehhh...terer dah aku bab2 ni hehe

*siap sedia nak p klinik
Mujur adelia mudah diuruskan ketika campak, tak banyak ragam..esok tu aku bawak jugak adelia pergi jumpa doktor, tujuannya nak dapatkan mc. Doktor bagi ubat batuk+gatal dan losyen calamine nak kurangkan gatai. Tapi aku tak sapu pun losyen tu pada adelia sebab tengok tahap kegatalan dia macam biasa2 saja, taklah sampai tunggin buyong dok menggaru...hehe..Alhamdulillah campak adelia keluar semua dalam masa 1 hari saja, kesan air kelapa tu kot..terima kasih pada cikgu2 taska adelia yang susah payah pi cari air kelapa bagi adelia minum..Lepas 2hari adelia dah ok seperti sediakala...yey mama suka..terima kasih ya Allah..lepas ni kalo adik adelia pulak kena campak, tak panik sebab dah tau nak buat apa :)

Tuesday, 27 August 2013

"Mammamama..."

Haha tajuk post kali ni sangat special.. Semalam sewaktu basuh berak adelia tetiba saja sebut "mammamama..". Terasa kagum sangat walaupun aku tau adelia tak maksudkan nak panggil mama dia, tapi tak kira nak excited gak boleh haha. So ni adalah word baru adelia lah selepas "abababababa" dan "atatatatata", yang "abababa" tu abah dia bangga gila kot katanya anak dia dh pandai panggil abah hahah. Sangat cepat masa berlalu, adelia dh nk masuk 8bulan dh..jom layan picha terbaru si adelia cayang ni..

*adelia excited main pagar

Abah dah pasang pagar supaya adelia tak boleh ke dapur, kesiann dia hehee..kalo tak pantang lepa ja mesti dh sampai kawasan mama memasak, abih pinggan mangkuk periuk belanga dia capai..adelia jangan nakal2 ye..mama abah sayangggggg adelia dunia akhirat..

Sekian bye!